Idd Salimi

Sesuatu yang aku simpan…

Posted on: February 5, 2012

 

 

Ada sesuatu yang kita simpan, ada sesuatu yang kita kongsi.
Bukan tidak mahu bersyukur tapi aku mengerti. Kita pernah alami. Kita faham yang kita bukan untuk kita lagi.
Aku faham yang kau tidak mampu menoleh lagi.

Masa itu telah lepas. Kita bukan berada di sana lagi. Masing-masing sudah pergi, masing-masing akur bawa diri.

Tapi aku tidak pernah lupa masa lalu. Masih ingat masa itu. Maaf, izinkan aku simpan lagi.
Kita pernah kongsi rasa, kita pernah kongsi ia. Sakitnya masih terasa sampai hari ini.

Kita ada kisah yang tidak terucap, kita ada cerita yang mungkin hanya aku yang ingat.
Biarlah, izinkan aku yang simpan dan sekurang-kurangnya bahagia dengan indah yang kau hadiahkan.

Terima kasih, kenangan itu terlalu indah untuk aku buang. Sekurang-kurang izinkan aku gunakan sehingga sakit itu hilang.
Izinkan aku gunakan sehingga kau hanya tinggal satu wajah manusia biasa di hadapan mata.
Izinkan aku gunakan sehingga kau adalah hanya bayangan yang pernah mengusik jiwa.

Maafkan, aku masih belum upaya melihat kau dengan dia. Masih belum upaya melihat kau bergurau senda dengan dia.
Sebab kau masih sesuatu yang aku simpan, dalam hati, dalam bekas kaca yang mungkin akan pecah lagi pada bila-bila masa.

* Ini bukan untuk kau, atau dia atau aku…
** dan rasa-rasanya MTV di atas tiada kena-mengena…

Advertisements

Say something...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

check out the clickable date!

February 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

my organized thoughts

%d bloggers like this: