Idd Salimi

Sumpahan Kum Kum (Malay Movie)

Posted on: February 6, 2012

‘Assalamualaikum… kum… kum…’

Dah lama rasanya tak tengok cerita melayu kat ‘pawagam’ (haha kelakar la pulak kat perkataan ni). Sebenarnya tak rancang langsung nak tonton cerita ni tadi, tapi disebabkan filem yang kami nak tengok cuma tinggal 2 tempat duduk paling hadapan, aku dan adik aku belasah je pilih cerita ni. Oklah disebabkan aku rasa janggal sebab cuba untuk berbahasa Malaysia dengan betul, izinkan aku guna bahasa pasar je la ye.

Sebelum ni aku dah baca jugak review pasal cerita ni kat paper. Ada la ulasan dari yang tengok ‘pra-tonton’ (betul ke? janggal plak guna bahasa sendiri ni) filem ni hari tu yang mengatakan cerita ni lain dari cerita seram Malaysia yang lain – cam hint kata filem ni best la maksudnya, so aku rasa tak rugi kot kalau aku tengok cerita ni. Aku risau gak kalau terlampau seram kang adik aku tkleh tido… ahahaha

So tadi lepas beli popcorn size regular dan 2 Coke (adik aku minum satu setengah… dasat tahap haus dia tadik) kitorang pon masuk la sedia nak menonton. Panggung kecik je, so walaupun kitorang duduk kat ‘B’ takderla kebelakang sangat seat kitorang. One thing aku perasan la kan kalau tengok movie kat Malaysia ni, kalau dia tulis kol 6.30, lepas 10-15 minit baru start… tak macam kat Korea la kan (tapi skang Korea pun dah start ikut perangai camnih) dan bagi penonton yang suka masuk on time cam aku nih kan kurang selesa sket bila dok tepi dan orang dok tengah suka masuk lambat2 (peh tuh pijak kaki aku yang cuma pakai selipar je plak tadik T.T).

Yang bessnyer masa tgk iklan/trailer movie2 yang ada skang, aku tertarik plak ngan cerita ‘Jangan Pandang-pandang’. Dari trailer dia tadi macam cerita hantu kelakar, pelakon utamanya Zizan kot. Tengok trailer je pun satu panggung gelak cam tgk movie. Tapi rasanyer mungkin aku cuma dapat tgk kat internet je la, maklumlah lagi dua minggu cuti aku abes.

Anyway, pasal filem Sumpahan Kum Kum ni kan, mungkin aku dah disogokkan dengan review yang mengatakan cerita ni sangat best jadi expectation aku agak tinggi. Mungkin terlalu tinggi sampai aku kecewa. Tambah la plak kan ada penonton2 nakal yang aku rasa derang ni takut/terkejut tapi untuk menghilangkan rasa takut tuh bleh plak ‘menyampuk2’ dengan ayat2 konon lawak la tadi kan. Overall aku rasa (diingatkan, ini aper yang aku rasa la) cerita ni tak sama dengan bayangan aku… macam tader kena mengena ngan hantu kum kum yang selalu aku dengar masa aku kecik sbb aku rasa dah more to hantu yang nak balas dendam je cerita ni. Tu kot aku rasa kekurangan cerita ni. Yang lain2 tu; penghayatan pelakon ke, camera direction ke, aper ke malas aku nk komen. Not my specialty cumanya kadang2 aku rasa cam nak tempeleng je aksi slow motion (ie: bukak selak pintu, nk menoleh ke belakang…etc) yang melebih2 dan nampak tak natural. Mungkin itu untuk build extra tension and anticipation kat keseraman tu kot tapi bila dah lebih sangat rasa annoying pun ada. Ada jugak scene2 yang mana ada watak dalam filem tu dah terang2 penakut (dah dibuktikan dalam scene2 sebelumnya) tapi sibuk la kan nak follow bayangan pompuan kat tanah kubur lama sampai boleh dengar suara2 penonton cakap ‘bodohnyer, kenapa nk ikut’ ‘dah tau takut lagi nk ikut’ ‘lampu suluh mati pun nk follow gak ke?’ dan macam2 lagi la… dan lagi aku perasan awal2 tuh penonton terkonpius ngan watak adik kepada watak utama dan jugak watak hantu tu sendiri. Aku pun konpius la kan muka hampir serupa…

Tapi masa nak ending tadi ada benda lawak plak yang jadi. Ada la satu family ni dtg tengok ngan anak2 dia yang masih kecik, mula2 aku takut la jugak derang ni akan bising dan main2 time filem ditayangkan tapi bebudak tu baik je tengok movie diam2. Tapi bila dah nak habis tu, tirai exit dah bukak, ada orang dah turun dah pun, tiba2 ada scene sambungan plak dari scene penghabisan tadi sampai ada budak (nih mmg btol budak kecik) terlepas cakap ‘eh, tak habis lagi?’. Satu panggung tergelak, walhal scene tu konon2 nk bagi hint yang lagi menyeramkan (kot) tapi disebabkan ‘kecomelan’ adik tu tadi kami tak jadi pun nk rasa takut disergah muka hantu kum kum di akhir cerita.

Oh ye, baru aku perasan, cerita ni released on my birth date… alaaaaaa~

*first time tengok filem melayu di pawagam dan buat movie review…

Advertisements

Say something...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

check out the clickable date!

February 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

my organized thoughts

%d bloggers like this: