Idd Salimi

Racauan di pagi hari…

Posted on: May 22, 2012

*sigh* dah lama kan tak meracau kat sini. hummm…

Hari tu aku tengok movie Architecture 101 (건축학개론); nice movie, subtle storyline, dan basically movie tu membuat ramai orang teringat zaman2 derang muda-muda dulu. Cerita tu mengenai first love, antara dua orang pelajar architecture, yang mana kedua-duanya tak tahu / kurang tahu isi hati satu sama lain. After a very looooooong years derang jumpa balik. In an ideal world, penonton mesti nak kedua-dua orang ni couple balik kan? But in reality, lelaki tu dah ada orang lain, dan dah nak kahwin dah pun. Well, many people would love if those two can get back together, sebab kita disogokkan kenangan-kenangan manis mereka di zaman muda remaja dulu. TAPI aku sangat bersyukur yang lelaki tu, (dan perempuan tu jugak) masih dapat berfikir secara rasional, dan di akhir cerita lelaki itu tetap berkahwin dengan kekasih yang dia ada sekarang.

Kenapa? Korang nak lelaki tu kembali kepada first love dia? Hahaha~ What about his current girlfriend, yang kita tak tau pun sejauh mana, sedalam mana relationship derang tu sekarang? Their first love occurred like 15? more than 10 years ago, dan dalam masa tu of course, banyak benda yang terjadi kan? Semata-mata kita dapat tengok kenangan manis zaman remaja derang, terus kita berharap derang tinggalkan segala relationship yang ada dan balik bersama semula? Hoh. Kalaulah movie tu berakhir dengan pengakhiran sebegitu, akulah manusia yang paling kecewa. Hahahah

Cinta itu pelik, kan? Sepelik manusia-manusia yang suka cakap ‘I Love You’. Tengok je kat sini, kat tempat aku belajar sekarang ni, ramai la yang perasan berada di negeri mat saleh; berpelukan dan berciuman, dah tak ada rasa malu lagi. Belum lagi separa mabuk dan yang perempuan diraba-raba di khalayak ramai. Itu cinta ke? Is that what you guys want? Cinta, declared by kissing? Tidur bersama? Itu cinta ke? Pelik.

Cinta itu kelakar, kan? Sekelakar manusia-manusia yang suka cakap ‘saya sayang awak!!’. Kita cakap kita cinta, tapi kita cuma nak tumpang senang dia je. Kita cakap kita suka dia, tapi kita buat dia menunggu sambil kita berpoya-poya dengan orang lain dulu. Kita cakap kita cinta, tapi bila dia tak ada, kita tak tahan sunyi dan terus carik yang lain. Kelakar kan? Macam dah tak ada value plak cinta tu.

Aku pun pening. Bila tengok drama-drama cinta sekarang, banyak yang tak logik. Mungkin la yang melayan tu seronok, sebab terasa melayang-layang, terpana, terpegun dengan kisah dongeng cinta tu. Back to reality la beb! Takkan ader lelaki (hensem) yang akan ‘pandang’ perempuan tak berupa nih (yang kemudian secara ajaibnya bertukar menjadi cantik selepas menanggalkan cermin mata, pakai contact lens, berbaju yang konon2 baju orang bandar). Tak masuk dek akal bila ada perempuan yang kalau betul-betul sayang kat lelaki tu, boleh buat lelaki tu menunggu sambil dia ‘main’ dengan orang lain dulu. Takkan ada orang yang jatuh cinta kali pertama setelah ter’accident’ bersentuhan tangan mengutip benda jatuh kat lantai peh tuh mata bertentang mata… katun la…

Kan? Cinta tu macam magic, tapi betul ke kalau kita terbuai macam tu, kita boleh panggil benda tu cinta? Cinta tu apa sebenarnyer ye?

*menyampah tengok drama yang karakter utamanya terasa ‘mangsa’ sangat, peh tuh ader plak lelaki-lelaki ramai yang nk tolong ‘protect’ dia. Haih… dongeng semua tu, dongeng~ Tapi pelik jugak, ramai lelaki suka perempuan yang boleh berdikari, tapi laju je  ‘melayan’ perempuan yang mengada-ngada tak reti itu ini. Giler aper?

Advertisements

Say something...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

check out the clickable date!

May 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

my organized thoughts

%d bloggers like this: