Idd Salimi

satu cerita…

Posted on: June 4, 2012

funneh…

” seorang perempuan yang kononnya sangat kuat, ber’prinsip’, tak mudah jatuh cinta dan cuma menetapkan 3 temujanji dengan setiap lelaki yang ingin bertemujanji dengannya.

…datang seorang lelaki yang sangat menyintai seorang perempuan, yang sudah sedia berkahwin dan merancang masa depan, tapi ditolak ketika melamar dihadapan keluarga sendiri “

apa yang silapnyer ek? ok, meh aku listkan:

1) macam mana la sorang pompuan yang dah biasa hidup dgn prinsip 3 temujanji tuh (i mean, mmg dah biasa la pegi date 3 kali ngan lelaki then breakup just like that) tiba2 boleh jatuh cinta dengan seorang lelaki masa second date derang? (i believe it was the second one since the first one derang cuma pi tgk fashion show)

2) oklah, kalau korang kata aku ni dah tak percaya cinta pandang pertama (or fate, whatsoever…), meh sini aku nk bagitau… masa second date tu derang buat apa? pegi makan ice cream kat fun fair, and out of nowhere that guy boleh buat event, kumpulkan budak2 untuk pegang board yang ader letters (sorry aku lupa dia tulis aper) and berpakat plak dengan clown tu utk jadi org suruhan dan konon2 bawak hadiah… WHAT?? oklah, as a girl mungkin aku akan flattered, yelah saper tak terharu kalo ader orang buat event camtuh utk kita kan? but HELLO~ macam la karakter perempuan tu tk biasa dengan lelaki2 yang surprisekan dia dengan hadiah (nih based pada awal cerita la kan, dan pompuan nampak biasa sangat handle benda2 camnih). Dan aku rasa agak poyo plak kalo nk kata pompuan nih bleh jatuh cinta sangat2 ngan lelaki tu time tu.

3) the guy. hummm what is wrong with that guy? A LOT. I don’t think it’s right to fall in love with another girl after kononnyer dia kecewa menonggeng menangis kat taman masa baru lepas kena reject tu. well, cinta itu buta… tapi kan… masa second date pon dah boleh feeling2 sentuh2 muka, rambut… WTH?? tu ke kononnyer lelaki yang mengagungkan cinta dan siap dah pikir nama anak dia tu? semudah itu ke? boleh feeling2 plak bagi hadiah, dan hadiah tu plak something yang perempuan tu solve sbg puzzle at the end of the story (actually aku tak pasan pon mana datang gamba love yang pompuan tuh cantum2 masa last2 before dia pi terjah majlis tunang laki tuh…) and of course, perempuan tuh boleh feeling plak dgn mug yang lelaki tuh bagi masa 2nd date dia… adoyai…

4) keadaan bertambah ‘kelakar’ dan pelik bila perempuan tu lari2 tanak jumpa lelaki tu untuk 3rd date. WHAT? then tiba2 setuju untuk pegi majlis hari jadi tok wan lelaki tuh. WHAT?? dan tiba2 feeling plak pasal tak pernah ada perasaan macam tuh; hidup dlm family besar. konon terasa kehangatan la hidup ngan family besar camtuh. eh kau nih, baru jumpa tk sampai satu hari boleh plak kau feeling2 camtuh eh. adoyai… sapa la yang buat skrip nih (well… -tangan di dada mata ke atas)

5) eh lelaki! benci btol aku dengan karakter lelaki dlm citer nih la! oklah actually ngan plot citer nih yg tiba2 cam hindustan bila lelaki tuh nk bertunang dah pompuan tuh konon2 tahu yang dia haruslah menerjah majlis pertunangan lelaki tu dengan harapan lelaki tu akan say ‘ya, saya mencintai awak. jap saya nk buat announcement kat suma orang yg tengah peratikan kita nih. awak tunggu jap tau… derang suma tuh penat tuh tunggu sambil pegang dulang hantaran’. Peh tuh bleh plak pompuan tu kuarkan satu ayat ‘…tapi awak masih cintakan dia?’ depan semua rombongan tu. amboi. cik penulis skrip, kot ye pun nk tunjukkan hebatnyer kuasa cinta tu tolong pikir logik persekitaran bleh tak?

6) part paling kelaka nih. part bila karakter pompuan pegi visit funfair. AHAHAHAHAHAHAHA kononnyer baru ‘sedar’ kesalahan prinsip bodoh dia tu. then tak pasal2 tunang lelaki tu muncul kat situ,konon nk ‘pulangkan’ apa yang perempuan tu tinggalkan kat dia. AHAHAHAHA gelak guling2 aku weiii~ hindustan sangat kau nih! eh tak, skang orang tk layan hindustan dah… korea sangat kau nih! aku dah cakap, logik persekitaran la kan… cemana la si tunang org tu bleh dtg kat tempat tu. then tiba2 berhati mulia dan feeling2 keluar air mata cerita pasal cinta agung si lelaki yang dah bertukar ke pompuan tu. dan tak pasal2 si lelaki tu buat kemunculan dramatik jugak. HOI!! aku dah hilang sabar dan hampir nk baling arduino dan laser2 aku keluar balkoni. nasib baik aku ingat project aku blom siap dan semester nih blom habis. hah. nih yg terpaksa meluah ketidakpuasan hati kat sini ni. adoyai… tolonglah pembuat skrip. tolonglah… T-T

sedih sgt wei tgk cerita yang macam ni. aku rasa idea tu bagus, tapi pengisian cemana dia jatuh cinta tu kurang (sbb slalu di enterframe cerita si extra tu). kalau la kau nk ikut cerita hindustan sangat.. (okok, korea… chill, ok?), at least buat la dia spend time one whole day, dan cerita dia mmg pasal derang tuh je.. karakter sampingan tuh dah melampau2 dan aku rasa takder ending aper pon utk derang duorang tuh (oh, aku lupa, watak pompuan extra tu sibuk bercakap ngan bunga last2). then, kau pikir senang sangat ke org nk berubah hati bila hati dia dah determined nk kawin ngan seseorang? i mean, secepat tu? ada ‘skinship’ pulak tuh. haaa… tau tak aper skinship? meh aku nk bgtau.. tuh term yang org korea pakai untuk refer pasal perlakuan pegang2 tangan, usap2 rambut, sentuh bahu etc. haaaaa yang lelaki tu terus cam romantik (konon) semacam, sentuh2 rambut kat muka… ewwww..

adoyai… mintak maaf bahasa aku time nih mmg tak cantik la kan. dan tak pasal2 aku telah membuat ulasan movie secara kurang berhemah kat sini. tapi, aku bukan pi carut sapa2, aku bukan pi kapirkan sapa2, aku bukan pi goyang bontot kat sapa2 kan? hahahaha oklah aku nk sambung kije.

*apsal la laser aku nih prob nih… arghhhh*

Advertisements

2 Responses to "satu cerita…"

camna bley tetengok citer ni? (amik ko spelling BM gaya FB, fail BM). Tengok tajuk sdutan dia pun dah tahu cerita ni lembik tahap gaban. :). Anyway, bagus idd!! Keep doing this k!!

huuu tadik dok godek2 arduino dan main laser sampai penin dan fedup peh tuh cam sajer je ‘mendengar’ cerita melayu, tapi tak sangka bleh hangin plak satu badan… ahahaha (err title ‘satu cerita’ tuh bukan tajuk movie tu… saja malas letak tajuk btol). aper yg bagus k yoi? buat ulasan movie ke? kekekekeke nk buat, dan byk sgt nk post pasal facts jln2 dan event kat korea nih.. tapi tk sempat nk mengarang indah… keluar benda yg ‘hangin’ plak… ahahahaha

Say something...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

check out the clickable date!

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

my organized thoughts

%d bloggers like this: